31 Oktober 2011

KEPENTINGAN SET INDUKSI

Pengenalan set induksi

Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.

Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat  tangan  dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 prinsip dalam melaksanakan set induksi iaitu
1. menarik perhatian minat belajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu dia kalangan pelajar.
2. sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
3. berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
4 .berkaitrapat dengan objektif pelajaran dan pembelajaran.
5 .jangkamasa yang terhad.


Kepentingan set induksi

Terdapat beberapa kepentingan  set induksi dilaksanakan oleh guru ke atas pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kepentingan set induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran yang akan disampaikan selepas itu. Set Induksi juga digunakan bertujuan mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada. Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik dengan yang dapat menarik perhatian daripada pelajar kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan menggalakkan pembelajaran. Jangka masa yang baik set induksi adalah antara 3 hingga 5 minit.

Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar kepada pelajaran yang baru , ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Ini bermakna sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, khususnya pelajaran yang baru perlu menjalankan proses tersebut bagi menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar tehadap pelajaran yang akan disampaikan. Ransangan ini difikirkan perlu bagi  memberikan keseronokkan serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan disampaikan juga memberi ruang kesediaan bagi pelajar meneruskan pelajaran.

Set induksi turut berperanan mengubah dan membina aliran serta tumpuan ffikiran pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru. Ini bermakna pelajar bersedia untuk menerima perubahan isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan, kemungkinan tumpuan fikiran pelajar sedikit sebanyak akan terganggu berbanding jika dilaksanakan aktiviti ini. Justeru, set induksi dilakukan bertujuan supaya pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan pelajaran yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya dengan tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.

            Seterusnya, set induksi bertujuan member ruang kepada guru melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya. Setiap aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu saling berkait bedasarkan pengajarn yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Malah, set induksi difikirkan penting kerana ia berkemampuan untuk mengaitkan isi pelajaran baru dengan isi pelajaran  lepas serta perkaitannya dengan pengetahuan  sedia ada pelajar. Ini penting kerana set induksi berada pada paras yang bosan untuk menerima pelajaran seterusnya yang akhirnya tumpuan pelajar kepada pengajaran guru turut terjejas.

28 September 2011

RENUNGAN SEJENAK


AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."