Pengenalan set induksi
Set induksi ialah set bagi memulakan
sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses,
aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi
pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada
perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
Dalam melaksanakan set induksi, guru
perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar
supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti
isyarat tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi,
guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan
pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen
dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan
antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar
termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set
induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan
peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.
Terdapat sekurang-kurangnya 5 prinsip dalam melaksanakan set
induksi iaitu
1. menarik perhatian minat belajar dan menimbulkan perasaan
ingin tahu dia kalangan pelajar.
2. sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
3. berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
4 .berkaitrapat dengan objektif pelajaran dan pembelajaran.
5 .jangkamasa yang terhad.
Kepentingan set
induksi
Terdapat beberapa kepentingan set induksi dilaksanakan oleh guru ke atas
pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kepentingan set
induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi
lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran yang
akan disampaikan selepas itu. Set Induksi juga digunakan bertujuan mengaitkan
pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada. Guru perlu merancang
permulaan pengajaran yang baik dengan yang dapat menarik perhatian daripada
pelajar kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan menggalakkan
pembelajaran. Jangka masa yang baik set induksi adalah antara 3 hingga 5 minit.
Selain kepentingan set induksi untuk
menarik perhatian pelajar kepada pelajaran yang baru , ia juga mampu menarik
minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Ini bermakna
sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, khususnya pelajaran yang
baru perlu menjalankan proses tersebut bagi menimbulkan sikap ingin tahu
dikalangan pelajar tehadap pelajaran yang akan disampaikan. Ransangan ini
difikirkan perlu bagi memberikan keseronokkan
serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan disampaikan juga memberi ruang
kesediaan bagi pelajar meneruskan pelajaran.
Set induksi turut berperanan mengubah
dan membina aliran serta tumpuan ffikiran pelajar daripada pelajaran yang
sebelumya kepada baru. Ini bermakna pelajar bersedia untuk menerima perubahan
isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada pelajaran yang
baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan, kemungkinan tumpuan fikiran
pelajar sedikit sebanyak akan terganggu berbanding jika dilaksanakan aktiviti
ini. Justeru, set induksi dilakukan bertujuan supaya pelajar sentiasa berada
dalam keadaan bersedia dan pelajaran yang akan diterima mempunyai perkaitan dan
ada hubung kaitnya dengan tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu
sendiri.
Seterusnya, set induksi bertujuan member ruang kepada guru
melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada
perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya. Setiap aktiviti
atau tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu saling berkait bedasarkan
pengajarn yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Malah, set induksi
difikirkan penting kerana ia berkemampuan untuk mengaitkan isi pelajaran baru
dengan isi pelajaran lepas serta
perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada
pelajar. Ini penting kerana set induksi berada pada paras yang bosan untuk
menerima pelajaran seterusnya yang akhirnya tumpuan pelajar kepada pengajaran
guru turut terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan